Wednesday, 31 August 2011

Happy Eidul Fitri

Bulan penuh barakah telah meninggalkan kita. Aku sedih. Aku rindu
ketenangan Ramadhan. Aku rindukan semua Barakah yang Allah kurniakan
kepada kita dalam bulan itu. Kenapa aku tulis begini? Sebab aku dapat
rasa semua itu. Aku sangat rindukan Ramdhan. Aku berharap Allah
kurniakan aku umur yang panjang, untuk aku berjumpa kembali dengan
Ramadhan.

Ramadhan, bukan sahaja bulan untuk menahan segala nafsu,
beribadat,bersedeqah dan berbuat baik. Tetapi bulan yang penuh
kemuliaan, yang digandakan pahala apabila kita berbuat segala amal.
Aku suka kerana Ramadhan tenang, semua orang berlumba lumba untuk
berbuat kebaikan. Aku gembira.

Tetapi, apabila Ramadhan meninggalkan kita, apa terjadi kepada diri
kita? Masih di takuk yang lama? Masih pemarah seperti dulu? Masih
pendendam seperti dulu? Masih kembali kepada perangai lama? Begitu?
Adakah kerana Ramadhan sahaja maka kita 'berubah' buat sementara
waktu? Begitu? Perlukah? Patutkah? Haruskah? Tepuk dada, tanya Iman.

Hari ini, Eidul Fitri. Aku bahagia. Tanda kemenangan umat Islam. Aku
happy. Saudara taulan datang berkunjung. BLISS. Rezeki tetamu datang.
Tak menang tangan kat dapur. Alhamdulillah. Suasana, memang riuh
rendah. Alhamdulillah.

Kita harus ingat. Bukan Ramadhan sahaja 'bulan berbuat baik'. Bukan
Syawal sahaja masa untuk berkunjung. Kesemuanya harus konsisten. Maaf,
bukan hanya di bibir. Tetapi di hati. Syukur bukan hanya sekadar
ucapan. Tetapi juga pada hati.

Hari ini, saya ingin mengucapkan Selamat Eidul Fitri, maaf zahir dan batin.

*hugs*


P/s: Tq sudi baca. Currently heading to Hajjah Hasmah's. Mahu kunyah satay ;)

--
Sent from my mobile device

No comments: