Friday, 29 July 2011

'Nak naik Kereta Adik Nan'! Tak Mboh kerete lain!'

itulah ungkapan yang diucapkan oleh arwah Pak Alang saya..dia keberatan dan tidak mahu naik kereta lain untuk perjalanan pulang dari hospital ke kampung..walaupun dia mempunyai keretanya sendiri..besar dan selesa..tetapi..kereta Waja ayah (adik Nan- gelaran masa kecik) jugak yang dia mahukan...*terharu sekejap*...

maka sepupu ayah (Pak Sabri) datang dan mengambil kereta untuk dibawa ke sana..ayah saya puasa...maka dia tunggu di sini sahaja menyambut kepulangannya...semasa dalam perjalanan...arwah Pak Alang menyuruh Pak Sabri supaya membawa laju sedikit..asyik menggesa suruh 'cepat'...katanya...'tak sabar nak sampai rumah' (rumah nenek)....mungkin dia dah tahu dia nak pergi...maka disuruh cepat...

usai perjalanan...masuk rumah...Pak Alang nazak....dan seperti yang dimaklumkan di dalam post saya yang sebelum ini...dalam lebih kurang 5 minit sahaja..arwah Pak Alang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir...innalillah..pergi sudah seorang insan...

mati itu pasti...

alhamdulillah...semuanya berjalan lancar dan jasadnya dikebumikan di kampung kami sebelum solat Zuhr tadi...alhamdulillah..ramai yang datang untuk penghormatan terakhir...sedeqah doa...bacakan Yaasin...alhamdulillah...semoga ringan 'urusan' Pak Alang di sana...dan selamat semuanya...sekarang..mari sama sama kita doakan Surah Fatihah kepada arwah Pak Alang..al- Fatihah...










p/s: sumber dari family saya.

No comments: