Friday 29 July 2011

Mati itu pasti!

Salam...
Pukul 12.55 pagi...aku dikejutkan dengan satu panggilan dari nombor
telefon ibuku..terus ku capai..risau sesuatu terjadi kepada adik
ataupun ayah ..ataupun ibuku sendiri..
Suara di sana: Assalamualaikum...ida...
Detik hati "owh..adikku..alhamdulillah..dia tiada apa2"
Aku: waalaikumussalam. Kenapa awak telefon tengah2 malam ni?
Adikku Ifi: Ida..saya nak bagi tahu ni....Pak Alang dah tak ada..
Detik hati "tak ada? Kejap..Pak Alang? Owh ye ye..mak baru cakap pasal
dia baru ni"
Aku: Sakit apa?
Adikku Ifi: Sakit Jantung..dia dah ada kat rumah Tok Cik..dia cakap
dah ok..nak balik sini...baru je 5 minit sampai kat sini...dia dah tak
ada...
Aku: mahu tanam di mana?
Adikku Ifi: Tak tahu lagi..kita orang pun baru tahu..
Aku..tak apalah..kirim salam pada keluarga Nik..sampaikan takziah
saya..saya tak dapat nak balik..assalamualaikum.
Adikku Ifi: Waalaikumussalam
Klik!
Aku terkejut...lagi aku dikejutkan dengan seorang lagi pemergian insan
yang pangkatnya ialah seorang pakcik..jauh disudut hati...sayu sahaja
rasanya...
Macam mana dengan keluarga Nik? (Adik kepada ayahku)
macam mana dengan anak2 nya yang ada masih bersekolah rendah?
Apa kata keluarga Pak Alang di Kampung Raja? Mahu tanam di mana?
Memang. Ibuku ada menceritakan keadaan Pak Alang warded di Kubang
Kerian..ketika itu..punca masih dikenal pasti..dan tidak ku sangka
seserius ini..kali terakhir aku melihatnya ialah pada raya haji tahun
lepas...
Sunyilah raya tahun ini...biasanya..Pak Alang akan pulang awal dengan
family...dia akan duduk di beranda menyambut kedatangan
tetamu...berborak tentang pel bagai isu di situ..
Ikan pelbagai jenis pun selalu disedeqahkan kepada kami..sebab Pak
Alang ada kolam ikan...selepas ini...mungkin tiada lagi peluang
sebegitu..
Tetapi..itu semua hanyalah duniawi...yang pergi..tetap akan pergi dan
tidak akan kembali..hanya amalan yang dibawa, doa anak2 yang soleh dan
sedeqah jariah...itu yg bakal jadi peneman di alam sana...
Aku disini medoakan semoga roh Pak Alang dicucuri rahmat dariNya..dan
insyaAllah..akan ku sedeqahkan al-Fatihah setiap hari..
Kawan kawan....mari kita sedeqahkan al-Fatihah buat allayarham pakcik
saya..Pak Alang...
Terima Kasih semua...
p/s: in this post...i'm referring to myself as 'aku'
--
Sent from my mobile device

No comments: