Showing posts with label recipe suka hati. Show all posts
Showing posts with label recipe suka hati. Show all posts

Sunday, 12 February 2012

Rock the Pot

i left my purse unattended.
well Missy, it's time to part for few days
the reason why i left her,
i found my new love, *heartshapes*
MR. POT!
yes he is! hehe
i cooked a lot using that Mr. Pot
just now i made seaweed soup.
my first try yo.
but then it turned out to be soooooo spicy
i went to the ladies twice already i tell you...
but, is it good what?
good for those who are having digestion problem. hehe <-- not me!
hmmm i'm thinking..
why it turned out spicy huh?
the Ginger and  theGarlic perhaps?
those two are my lovey dovey spices
hehe
and i added in chilies
some pepper and garlic seasoning
ooooooooooooooooooooooooooooooo
no wonder it turned out to be soooooooooo spicy..
can't u see the mixture of the soup?
the broths itself...
hehe..
next time, minimize the ingredients ^_<
too much broths spoil the soup..
alhamdulillah it was only spicy then.
burp!
alhamdulillah...

















p/s: next time, wishing to have the seaweed soup with 'minyak bijan'. Koreans said, it harmonizes the taste ^-^. hehe.

Sunday, 13 November 2011

perkara wajib buat!

salam.. ..since Eidul Adha ni dah berlangsung selama 2 hari, maka sudah 2 hari lah kita bertakbir, 'Allahu akbar, allahu akbar, allahu akbar, laailaahaillallahuwallahuakabar, allahuakbar walillahilhamd'.

as for my family, it is a must untuk kami masuk untuk Qurban, at least untuk satu bahagian. bagi saya, tak ada lah mahal sangat, kalau kita kumpul RM 30 sebulan, dah boleh masuk Qurban untuk setiap tahun. kan? mak saya pernah kata, kalau product kulit beratus ratus, mampu beli, handbag beratus ratus pun mampu, makan dan pakai cukup, takkan lah ibadah Qurban setahun sekali ni kita tak mampu kan?

kita masuk sebahagian, dan agihkan kepada semua, at least dapat rasa serba sedikit daging Qurban tu.. kan? (^_^). ok as for this entry, saya nak cakap PERKARA WAJIB BUAT bila Raya Haji kat rumah ni..meriah tu of course la meriah, sebabnya my parent berpuasa (dia org jek, anak dia ni cuti bulan) before the Eid, macam nak raya Eidulfitri. seronok kan? then bila raya, memang terasalah suasananya hehe ^^. ok as for this year, nama mak saya yang dimasukkan untuk bahagian Qurban. so she went and witnessed the Qurban. ada Video dia, nanti, insyaAllah, kalau saya pandai convertkan, saya upload ya? memorable tuuuuu....

usai solat and ibadah Qurban, maka kami kat rumah prepare lah apa yang patut untuk memasak di petang raya, rendang tak wajib pada hari raya pertama di rumah ni. biasanya kami akan masak sup Gear Box or sup Tulang. itu adalah perkara wajib..



tadaaa....ain't this delicious? yummy!



maka pada hari raya kedua pulak, kami tukar Menu, kami buat Grilled meat = Daging Perap. ini adalah Perkara Wajib buat masa raya haji..ssedapnye..siapa mahu rasa? jom kita jenguk gambar gambar proses membuat Daging Perap tersebut (^_^)





mula mula, opkos lah kamu harus ada daging kan? "Hai daging2 apa khabar dengan kamu?" Basuh mereka setelah terjumpa bahagian yang sedap untuk ditelan, meaning here is Batang Pinang. tapi semua dia atas bukanlah seBatang Pinang yang disangka, propah semata mata, saya main ambil sahaja, asal nampak kurang urat, maka saya bedal..ngeeeeee(^_______________^) mesti kamu terfikir kenapa saya kata kurang urat? sebab? sebabnya adalah.....senang mahu ketuk dan makan maaaaa.... tak percaya? sila lihat gambar seterusnya..








kamu slice lah daging daging tersebut menjadi setengah inch tebal, kalau nipis sangat nanti nak telan liat pulak. ye dok? setelah dipotong ikut size yang disukai, maka kamu gunakan belakang pisau (macam pisau butcher or Chinese cook selalu guna tu, sekali dia ketuk garlic, bunyi Pangggg!) untuk ketuk daging tersebut, ketuk sampai nampak ala ala isi dia dah pecah urat, senang nak chew nanti, dia akan jadi gebu gebu gituh bila dimasukkan ke dalam mulut setelah di grilled. ^^






then setelah sudah habis diketuk, kamu marinatelah mereka semua, lagi lembut daging tu setelah diketuk, maka lagi senanglah kadar penyerapan bahan bahan marinate tersebut. 


-


-


-


-


-kamu nak tahu apakah bahan bahan yang digunakan untuk marinate daging daging tersebut? meh sini nak bagi tahu: 

  1. Tepung Jagung
  2. Mashed Garlic
  3. Ginger Juice
  4. Ginger Powder
  5. Secubit Gula
  6. Secubit Garam
  7. Serbuk Lada Hitam
  8. Kicap Cair
  9. Minyak Bijan
  10. Seasoning Sauce/ Oyster Sauce
  11. Tumeric
  12. Cukup Rasa- sikit je tau


ok done! jom jengah gambar gambar yang telah siap diperap. (^_^)
cantik kan? indah sungguh bau bauannya..tak percaya? ce pergi buat skali...peraplah selama 30 minit jika kamu semua mahu makan pada hari itu juga. the longer you marinate it, the tastier it would be. hik!






ting! Grilling time! 







BEAUTIFUL!






time to ngap! haik? kenapa tiba time santap kamu jadi blur? hohohoho..you know what? what? hahaha..sendiri tanya, sendiri jawab. jawapannya ialah kerana tangan saya bergegar nak makan, maka camera turut bergegar sekali..so selepas gegaran, mohle kita sambung santapan kita. (^_^)






TING! tadaaaaa..sudah habis masuk ke dalam perut kami semua. ada setengah orang suka makan dengan Chili Sauce or Mayonaise, tapi kami memang makan panas2 macam tu je. sebab? sebabnya yang kamu dah marinate tu, dah ada rasa so bagi kami bila makan dengan sauce, akan terasa sauce sahajalah and original flavor of the daging dah tak ada...(^_^)






oklah, sekian utnuk entry pada hari ini. hope you're having fun reading this entry. kalau rajin, trylah recipe ni, senang jek, tak susah pun. cuma letih tang mengetuk daging tu la. the more ketuk, the better. daging turns out lagi best untuk dimakan. 





papaye!
HUGS







p/s: entry ni dibuat masa hari raya kedua raya haji. 








Sunday, 14 August 2011

Bowties- Sahur..


ting! entry pasal makanan...hahaha...seperti tajuk di atas..saya menggunakan Bowties Pasta from San Remo untuk sahur kali ini...kenapa makan pasta jek? hmmmm..sebab...sebabnya..semalam saya dah melantak nasi banyak gila...so..untuk avoid jadi gila nasi..maka iftar dan sahur kali ini..kita bedal yang simple simple sahaja..(^_<)


semalam saya Iftar-date dengan dia..hik! (^_<) berminat? sila hubungi saya..memang seriously saya telan banyak nasi semalam..and untuk sober up a bit..kita orang pergilah tempat ni..






errrrk...peti ais ke apa ni? muahahaha...seriously memang sejuk semalam..kami duduk kat sini untuk minum Coffee selepas makan nasi.....sebab? sebab coffee dia murah..Large= Rm1.70..mana nak cari? sedap dan panas...itu yang penting..











i chose White Coffee..(^_^)









overview Esso on The Run..I like <3! 


ok..itu serba sedikit pasal kisah semalam....ha..kisah Bowties kita..as for my sahur..saya nak makan yang itu jek la..sebab? sebabnya dah pasta jenis tu jek yang ada dalam bilik ni..hik!..

makanya..tepat pukul 11.30 PM..saya start memasak...(tak dok kerja kan?) bukan apa..saya dah lapar balik..sebab masa iftar tadi saya makan sikit sangat..takut tak larat nak buat terawikh..that's why saya makan sikit jek..tetibe tetengah malam ni..lapar lah pulak..maka..jom kita sahur untuk round pertama...(ada second round punya sahur ye..KURMA..hik!) (^_<)

ok..tak nak membebel banyak..jom kita tengok saya masak..kali ni..saya tak tunjuk bebahan...semua bebahan tu sama sahaja dengan yang previous recipe saya..tak percaya? CLICK SINI..memula saya nak masukkan telur..nak buat kelainan..tapi tahu tak kenapa saya tak masukkan telor? sebab? sebabnya...bila kita dah masak Bowties ni....dia jadik besar..a.k.a KEMBANG! hmmm..baru ingat nak masak sikit sahaja..sekali..hmmm..amek! banyak kot..



seperti biasa..tumis segala bawang..(saya suka banyak bawang) (^_<)V











ok..kenapa color dia keruh and nampak macam kabur? sebab? sebabnya..saya dah masukkan Tom Yum Paste..and nampak kabur sebab puyok ni berasaplah kawan kawan...mana ada orang memasak tak berasap kan? hik!









then kamu masukkan air..ikut suka hati kamulah nak kuah dia banyak mana...










bila kuah tu dah menggelegak..kamu masukkan Bowties yang dah masak tadi..jangan masukkan yang keras ketung tu..kang ada yang terkoyak tekak ...hahahahahaoh lupa nak bagi tahu..masukkan Black Pepper dalam kuah tadi before masukkan Bowties kita..










Tumbuhan..saya masukkan Celery an Cabbage..(mat salleh lah puloks)..then kamu gaul gaul sampai sebati..kalau boleh biarlah lama sikit..tapi jangan sampai hangit pulak..kenapa kena gaul lama? sebab? sebabnya...Bowties ni tebal..so nak suruh kuah dia meresap sikit dalam pasta tu..kenalah gaul lama sedikit...










tadaaaaaa.dah siap...kali ni..saya tak gunakan cili..sebab? sebabnya..esokkan nak puasa...mahu pedih perut ni nanti...(^_<)..owh..FYI..Bowties ni besar..dan saya menghadapi masalah mahu memakannye secara berjemaah di dalam mulut saya.kerana mulut saya ni kecik jek..(tapi suka makan) .maka kena ambil satu satu...









haaaa besar kan? merangkumi satu sudu besar..and sudu tu ialah sudu Korea yang panjang tu..sudu Korea kan lagi besar..so ce korang bayangkan lah betapa kembang semangkuknya Bowties saya ni...dan terasa sangat kenyang selepas menghabiskannya..nasib kamu pasta Bowties..kalau nasi lagi..habislah saya...(-_-)"



ok..i think that's all for my Sahur entry for today..nak sambung buat kerja balik..till meet then..kalau ada masa..silalah mencuba recipe saya yek? dan jangan lupa letak binatang2 yang halal dimakan..(^_<)v







*hugs*
TQ for reading my recipe for tonight (^_^)






p/s: nak habiskan jugak Bowties tu this week...

Tuesday, 12 July 2011

Simple-Mudah-Sedap- Nak? Jom Masak Sampai Lebam..

sebenarnya...saya dah mati kutu *penyek jap*...nak makan apa..takkanlah tiap tiap hari nak keluar pergi beli foodie kat luar kan? dahla saya sedang mengalami zaman kering kontang....*kena save untuk photostat*...(-_-)"..

pernah sekali..saya iftar dengan sekut jek..dan air chocolate..sedih tak? (T_T) tssskkk...cafe kat hostel saya dah ditutup...cafe satu lagi pulak..jauh nun hujung di sana...and ala carte nye tak berapa sedap..tapi kalau dah tak ada pilihan tu..memang kena makan jugak kan?

jadi sambil duduk layan belog masakan....inspired.....maka..saya pun decide! jom masak pasta goreng!..sayur tahan lama ada...pasta ada....cuma binatang yang nak jadi rencah sahaja yang tak available..so..berbekalkan periuk nasi ihsan emak saya tsskk....maka saya decide untuk realisasikannya pada hari ni..dah lama tak makan pasta goreng nih..naknye..refrigerator tak ada..so mood nak memasak tu hilang....sebabnye.. nak store barang barang especially binatang binatang dan sayur mudah luput pun tak boleh...so aura dia tu kurang sikit...hik! ok jom tinjau sekarang..

memasak pasta goreng ni..tak susah pong!..serious tak tipu..betul betul betul..*upn ipin*..tak sampai sejam pong...tak caye? ce buat?..sebelum tu..jom kita tengok recipe dulu..hik! (^_^)v


Pasta opkos..main ingredient nih..(Penne dan kerang)


 Kobis Bulat..(ni jek sayur yang boleh tahan lama)..



Bebawang...(suka hati kamu nak banyak mana..lagi banyak..lagi sodap..)



Cili...(saya suka pedas..and that's why dia banyak..)



 Celery..(potong ikut suka..nak serong ke..nak bentuk dadu ke..)



Cube Tom Yum (menggantikan stock ayam..)



Black Pepper (yang ni tak berapa nak pedas sangat)



ok..ini segala barang yang telah disediakan..senang je kan? maka..sebelum memasak..jom kita Iftar ringan dahulu..



jangan lupa..imma Choc Freak..so beriftar pong..dengan Choco Malt..hik! usai berbuka..jom kita solat dulu..ngeeee..supaya nanti..tak terkejar kejar nak kejar Maghrib dan Isyak....kan tenang memasak lepas solat....




haahh..tadi lupa nak masukkan..minyak..jangan lupa..saya menggunakan minyak jagung..supaya benda yang digoreng ni sihat..dan tak berminyak sangat..ngeee..(^_<)..ok cara nak memasak nye? lagi sonang kamu..main campaks je semua..mula mula..masukkan minyak dulu lor...kalau tak..nak menumis cammane..kan? 

then masukkan bawang...tutup puyok...agak2 bawang dah lemas dan bau dia pong boleh buat garu perut..maka..buka..dan gaul gaul sikit.. 

then campakkan cube tomyum tadi...pecahkan..then gaul gaul lagi..dah naik bau menyengat hidung..

campakkan Kobis bulat tadi..gaul lagi..letak air ckit..tunggu dia macam dah layu sikit..*jangan layu sangat tau! nanti tak ada bunyi 'krrruupp krrruupp' masa makan*, 

masukkan celery tadi..together with the pasta + Cukup Rasa...(^_^)....gaul gaul gaul..

jangan dilupakan Cili dan Black Pepper tadi....tutup kejap..

then nampak macam dah sebati, dah masak semuanya..

maka..sudah boleh dihidangkan...



nak tengok?






















































































betol?




































































x kisah ek walau nampak tak semenggah mana...
































































jangan kutuk tau...






























































ok ok..



















































tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

inilah dia pasta goreng yang Simple-Mudah-Sedap tu...(^_^)..dah sedia..apa lagi? jom kita ngapp sekarang!...





*hugs*





p/s: boleh jek kalau kamu nak masukkan sayuran lain macam Carrot kah..itu akan add colors kat pasta tu..selamat mencubaa..(^_^)