salam.. ..since Eidul Adha ni dah berlangsung selama 2 hari, maka sudah 2 hari lah kita bertakbir, 'Allahu akbar, allahu akbar, allahu akbar, laailaahaillallahuwallahuakabar, allahuakbar walillahilhamd'.
as for my family, it is a must untuk kami masuk untuk Qurban, at least untuk satu bahagian. bagi saya, tak ada lah mahal sangat, kalau kita kumpul RM 30 sebulan, dah boleh masuk Qurban untuk setiap tahun. kan? mak saya pernah kata, kalau product kulit beratus ratus, mampu beli, handbag beratus ratus pun mampu, makan dan pakai cukup, takkan lah ibadah Qurban setahun sekali ni kita tak mampu kan?
kita masuk sebahagian, dan agihkan kepada semua, at least dapat rasa serba sedikit daging Qurban tu.. kan? (^_^). ok as for this entry, saya nak cakap PERKARA WAJIB BUAT bila Raya Haji kat rumah ni..meriah tu of course la meriah, sebabnya my parent berpuasa (dia org jek, anak dia ni cuti bulan) before the Eid, macam nak raya Eidulfitri. seronok kan? then bila raya, memang terasalah suasananya hehe ^^. ok as for this year, nama mak saya yang dimasukkan untuk bahagian Qurban. so she went and witnessed the Qurban. ada Video dia, nanti, insyaAllah, kalau saya pandai convertkan, saya upload ya? memorable tuuuuu....
usai solat and ibadah Qurban, maka kami kat rumah prepare lah apa yang patut untuk memasak di petang raya, rendang tak wajib pada hari raya pertama di rumah ni. biasanya kami akan masak sup Gear Box or sup Tulang. itu adalah perkara wajib..
tadaaa....ain't this delicious? yummy!
maka pada hari raya kedua pulak, kami tukar Menu, kami buat Grilled meat = Daging Perap. ini adalah Perkara Wajib buat masa raya haji..ssedapnye..siapa mahu rasa? jom kita jenguk gambar gambar proses membuat Daging Perap tersebut (^_^)
mula mula, opkos lah kamu harus ada daging kan? "Hai daging2 apa khabar dengan kamu?" Basuh mereka setelah terjumpa bahagian yang sedap untuk ditelan, meaning here is Batang Pinang. tapi semua dia atas bukanlah seBatang Pinang yang disangka, propah semata mata, saya main ambil sahaja, asal nampak kurang urat, maka saya bedal..ngeeeeee(^_______________^) mesti kamu terfikir kenapa saya kata kurang urat? sebab? sebabnya adalah.....senang mahu ketuk dan makan maaaaa.... tak percaya? sila lihat gambar seterusnya..
kamu slice lah daging daging tersebut menjadi setengah inch tebal, kalau nipis sangat nanti nak telan liat pulak. ye dok? setelah dipotong ikut size yang disukai, maka kamu gunakan belakang pisau (macam pisau butcher or Chinese cook selalu guna tu, sekali dia ketuk garlic, bunyi Pangggg!) untuk ketuk daging tersebut, ketuk sampai nampak ala ala isi dia dah pecah urat, senang nak chew nanti, dia akan jadi gebu gebu gituh bila dimasukkan ke dalam mulut setelah di grilled. ^^
then setelah sudah habis diketuk, kamu marinatelah mereka semua, lagi lembut daging tu setelah diketuk, maka lagi senanglah kadar penyerapan bahan bahan marinate tersebut.
-
-
-
-
-kamu nak tahu apakah bahan bahan yang digunakan untuk marinate daging daging tersebut? meh sini nak bagi tahu:
- Tepung Jagung
- Mashed Garlic
- Ginger Juice
- Ginger Powder
- Secubit Gula
- Secubit Garam
- Serbuk Lada Hitam
- Kicap Cair
- Minyak Bijan
- Seasoning Sauce/ Oyster Sauce
- Tumeric
- Cukup Rasa- sikit je tau
ok done! jom jengah gambar gambar yang telah siap diperap. (^_^)
cantik kan? indah sungguh bau bauannya..tak percaya? ce pergi buat skali...peraplah selama 30 minit jika kamu semua mahu makan pada hari itu juga. the longer you marinate it, the tastier it would be. hik!
ting! Grilling time!
BEAUTIFUL!
time to ngap! haik? kenapa tiba time santap kamu jadi blur? hohohoho..you know what? what? hahaha..sendiri tanya, sendiri jawab. jawapannya ialah kerana tangan saya bergegar nak makan, maka camera turut bergegar sekali..so selepas gegaran, mohle kita sambung santapan kita. (^_^)
TING! tadaaaaa..sudah habis masuk ke dalam perut kami semua. ada setengah orang suka makan dengan Chili Sauce or Mayonaise, tapi kami memang makan panas2 macam tu je. sebab? sebabnya yang kamu dah marinate tu, dah ada rasa so bagi kami bila makan dengan sauce, akan terasa sauce sahajalah and original flavor of the daging dah tak ada...(^_^)
oklah, sekian utnuk entry pada hari ini. hope you're having fun reading this entry. kalau rajin, trylah recipe ni, senang jek, tak susah pun. cuma letih tang mengetuk daging tu la. the more ketuk, the better. daging turns out lagi best untuk dimakan.
papaye!
HUGS
p/s: entry ni dibuat masa hari raya kedua raya haji.
No comments:
Post a Comment