Thursday 28 July 2011

takziah buat mangsa yang terlibat dalam kemalangan ngeri di PLUS Kerian, Bukit Merah





terkejut masa dengar berita ni...tak berapa jelas...then update lagi dalam Berita Terkini...siap ada sebut 'cebisan daging' melekat lagi (if i'm not mistaken la)...masyaAllah...teringat kejadian dekat Pedas and Linggi dahulu...astaghfirullahalaziim...kali ni meragut 4 nyawa.......Trailer Gula against Bus...takziah buat semua mangsa...bersamalah kita sedeqahkan al-Fatihah kepada mereka yang telah dijemput Illahi dan semoga roh mereka dicucuri Rahmat dari Nya..ameen.....al-Fatihah












"KERIAN: Seorang anggota polis dan bayinya berusia setahun antara empat terbunuh dalam kemalangan sebuah bas dan treler di Kilometer 201.5 arah selatan Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira jam 12.25 malam tadi. 

Treler berkenaan dari arah selatan terbabas lalu melanggar pembahagi di tengag jalan masuk ke laluan bertentangan dan melanggar bas ekspres yang dalam perjalanan ke selatan mengakibatkan pemandu dan kelindan treler berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang penumpang bas ekspres iaitu anggota polis, Konstabel Abdul Shahrer Abu Hassan meninggal dunia di tempat kejadian dan anaknya berumur setahun setengah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital."




sumber: Berita Harian Online

No comments: