Monday 1 August 2011

Pelajar UIAM dari Guinea ditemui mati dalam bilik asrama

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar lelaki rakyat Guinea ditemui mati di dalam bilik asramanya di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)Gombak, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, mayat Mamadou Aliou Tela Diallo, 25, ditemui dalam keadaan tertiarap dan berulat oleh rakan sebiliknya pada jam 12.30 tengah hari. 
Beliau berkata pelajar itu dipercayai telah meninggal dunia kira-kira seminggu lepas dan hanya ditemui rakannya itu yang baru pulang daripada menjalankan tugasan luar.

"Bagaimanapun tiada kesan pergelutan dan kesan darah hanya ditemui di sekitar tubuh mangsa sahaja," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS)kepada Bernama.

Menurut beliau lagi, rakan pelajar itu yang hanya ingin dikenali sebagai Sharif mengesahkan rakannya itu mempunyai penyakit sawan dan sering menerima rawatan di klinik UIAM dan hospital.

Mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat. -Bernama

sumber: Harian Metro


No comments: